BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 3 November 2010

Melayan si kain putih

Sudah lama saya berjanji dengan anak-anak mahu membuatkan rumah burung untuk mereka tetapi janji itu tidak dapat ditunaikan sehinggalah petang tadi..

Alhamdulillah, suami saya memahami hasrat murni saya mendekatkan anak-anak dengan alam sekitar. Petang tadi suami saya mencari kayu membuat pelantar .. kata saya pada anak-anak
" kita buat tempat burung.. Nanti burung datang la dekat rumah ni (pelantar kayu kami), sebab kami letakkan makanan di atas kayu itu..

Sebenarnya idea mahu membina pelantar burung ini saya perolehi semasa membaca sebuah buku cerita bahasa Inggeris. Pengarang buku itu mengisahkan cerita tentang seorang sahabat yang berdukacita kerana teman karibnya sakit dan tidak boleh keluar rumah untuk bermain. Dia teringin untuk memberikan mainan atau buku untuk temannya supaya temannya itu tidak merasa bosan. Malangnya dia terlalu miskin, ibunya tidak mampu untuk memberikan wang kepadanya..akhirnya dia mendapat ilham untuk mendirikan sebuah pelantar kayu kecil yang diletakkan makanan di atasnya.. Mulanya tiada burung yang hinggap tapi lama kelamaan burung semakin banyak.. Temannya pulih dalam masa yang singkat.. Dan yang paling menggembirakan saya ialah kedua sahabat itu semakin akrab dengan burung- burung sehinggakan mereka boleh memegang burung-burung itu..

Saya harap pelantar yang suami saya binakan untuk anak-anak kami itu mampu menarik burung-burung mengunjungi laman saya..

Memulakan operasi.. Hmm..manala kayu yang sesuai ni..


Okay along ni tiangnya ya..

Awas Sakinah lutut tu nanti kena parang !!!


Besarnya pelantar...!!! 100 ekor burung pun boleh hinggap..

Okay pelantar sudah siap. Sekarang masa untuk meletak makanan pula.. Saya menabur sedikit beras dengan harapan adalah burung datang makan beras tersebut.. Masa mengambil beras saya sembunyi dari anak takut habis beras dia ambik..

Wahai Burung datang.. Marila bermain bersama-sama kami..

Nanti jika sudah ada tetamu kecil itu datang saya siarkan disini..

0 comments: