BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 17 June 2010

Remaja oh remaja..



Mana telur ni tak sampai-sampai

Nenek- nenek si bongkok tiga..lalala..


Malang betul angka 5



Senaman tiga dimensi


Ketika tazkirah


Beramah mesra



Peranan remaja muslimah oleh Ustazah Alwiah


Wednesday 9 June 2010

Fashion Show Kolej Shahputra

Belum sempat nak bercerita..Nak study dulu.. Esok exam..



Fashion show kolej komuniti Temerloh






Kenangan mengunjungi fashion show..

Kenangan gotong royong perdana

Inilah taman orkid yang diamanahkan kepada kelab keusahawanan Fesyen.. Sempena Gotong Royong Perdana aku dan beberapa orang pelajar mengerjakan taman ini..
Cantik melihat orkid berkembangan.. Dulu masa zaman pengetua Hjh. Noriah orkid- orkid ni sangat cantik... Sebab beliau sangat sukakan orkid.. Sekarang ni tinggal sepokok dua je yang berbunga.. Sedih hatiku melihat orkid- orkid ini namun kekangan masaku menyebabkan aku tidak mampu melakukan banyak perkara untuk orkid- orkid ini..
Anak daraku memang suke possing.. Takpelah dah penat tu..
Bubuh baja taik kambing.. kata kak ani baja ni sesuai dengan orkid.. cube dulalah... Aku tak cakap pun kat student itu baja taik kambing... Kalu cakap mesti aku yang kena bubuh.. Bebudak zaman skarang banyak sangat gelinya..


Wahai orkid berbungalah... BERBUNGALAH.. Ceriakan dunia kami dengan keindahan kuntumanmu..

Saturday 5 June 2010

Cuti Pertenghan Penggal

Alhamdulillah...kembali aku menulis di ruangan blogku setelah sekian lama tidak menjengahnye.. Kekangan masa .. itu adalah alasan semata...
Sebenarnya aku tak tahu nak berkongsi apa lagi..kebuntuan melanda...
Sekarang cuti pertenghan penggal baru bermula tapi aku belum bercuti kerana sehingga hari Selasa ini aku ada kelas tambahan... Kelas oh kelas..Itulah guru..
Semakin lama aku semkin mencintai kerjaya ini..Hakikatnya aku memang suka mengajar...
Hari Rabu ni abanglong akan ke Terengganu mewakiliku dan suami ke kenduri ayah su.. Selamat pengantin baru ayanh Su.. Sori la kak noli kena peksa Hari Khamis.. Apapu didoakan semoga Ayah Su bahagia bersama pilihan hati...
Rancanganku sewaktu cuti ini nak siapkan kebaya, dan smocking baju baru anakku..Dan misi yang paling besar dalam masa dua minggu aku nak train Sakinah tak pakai pampers. Dah mula semalam ....Alhamdulillah nampak berjaya...


2 MINGGU KEMUDIAN

Hari ni adalalah hari pertama persekolahan.. Aku dah menghabiskan cuti sekolah selama 2 minggu.. Asalnya tak jadi ke Terengganu tapi last minute jadi plak dah.. Kita merancang Allah merancang dan perancangan Allah pasti berlaku.. Itulah yang berlaku pada keluargaku..

Bertolak ke Terengganu jam 2 petang dan sampai ke Jerangau jam 6 petang.. sungguh meletihkan... Kalau ikutkan hati memang tak nak pegi tapi bila mengenangkan pahala merapatkan silaturrahim.. mengunjungi keluarga ..aku kuatkan semangat.. Alhamdulillah.. selamat pergi dan kembali..

Memulakan perjalanan


Sakinah atas dukungan Cik Na


Sambutan hangat daripada keluarga yang lama tidek ketemu..

Sakinah riang disamping saudara-saudara abinya..

Di rumah ayah Din..

Pokok salak ayah Din.. Subahanallah manis sungguh buahnya..


Singgah di Kemasik.. Anakku memang pantang jumpa taman..

Balik singgah di Bukit Gambang Waterpark


Penguin Island..Along menunggu air tumpah...


Peluk kuat -kuat along..


Cik Kinah ni takut ngan air mulanya.. tapi kemuadiannyar diala heronya..



Gelongsor air..


Along plak try..

Berhenti makan di Malbat Tomyam Paya Pulai..tauke blanjer..



Father's Day special at Sg. Yeh, Marang

20 jUN2010 sempena hari BAPA dan hari terakhir cuti sekolah kami sekeluarga pegi berkelah di Sungai Yeh, Maran.. Airnya cetek dan dingin sekali.. Sesuai untuk bawa budk-budak tapi tetap kena hati-hati coz banyak batu-batu..
Sibuk mengemas barang.. rumahnya balik kang la kemas.. kalau tak nanti lambat plak sampai..

Jangan ada barang yang tertinggal plak..


Sampai-samapai breakfast dulu.. Tapi abanglong tetap nak gi mandi..



Mandi-manda..best air tanpa klorin..




Tak bawak swimming suit takut koyak.. banyak ngat batu heh..heh.. sabo jelah kan..bior kulit koyak jangan baju renang koyak..apa da punya mak...