BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 3 November 2010

KESILAPAN-KESILAPAN IBU BAPA DAN PENDIDIK.....

Kurang berdoa
◙ Memperkecilkan kebolehan anak
◙ Kurang tegas
◙ Tidak menjadi kawan kepada anak
◙ Tidak menunjukkan kasih sayang
◙ Kurang mendedahkan tokoh atau model yang cemerlang
◙ Kurang menghidupkan sunnah dalam rumah tangga
◙ Kurang bermesyuarat dalam keluarga
◙ Bertengkar di hadapan anak
◙ Kurang mengasuh anak membuat kerja rumah
◙ Kurang pengawasan
◙ Kurang sabar
◙ Tidak meraikan anak
◙ Tidak memberikan penghargaan
◙ Tidak menitikberatkan makanan seimbang
◙ Membezakan layanan
◙ Tidak mengajar ana
k tentang kemahiran sosial
◙ Kurang masa berkualiti untuk anak
◙ Terlalu memberikan kebebasan
◙ Terlalu mengongkong
◙ Mungkir janji dan berbohong
◙ Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak
◙ Tanggapan negatif
◙ Kurang meminta bantuan daripada orang yang mahir

Melayan si kain putih

Sudah lama saya berjanji dengan anak-anak mahu membuatkan rumah burung untuk mereka tetapi janji itu tidak dapat ditunaikan sehinggalah petang tadi..

Alhamdulillah, suami saya memahami hasrat murni saya mendekatkan anak-anak dengan alam sekitar. Petang tadi suami saya mencari kayu membuat pelantar .. kata saya pada anak-anak
" kita buat tempat burung.. Nanti burung datang la dekat rumah ni (pelantar kayu kami), sebab kami letakkan makanan di atas kayu itu..

Sebenarnya idea mahu membina pelantar burung ini saya perolehi semasa membaca sebuah buku cerita bahasa Inggeris. Pengarang buku itu mengisahkan cerita tentang seorang sahabat yang berdukacita kerana teman karibnya sakit dan tidak boleh keluar rumah untuk bermain. Dia teringin untuk memberikan mainan atau buku untuk temannya supaya temannya itu tidak merasa bosan. Malangnya dia terlalu miskin, ibunya tidak mampu untuk memberikan wang kepadanya..akhirnya dia mendapat ilham untuk mendirikan sebuah pelantar kayu kecil yang diletakkan makanan di atasnya.. Mulanya tiada burung yang hinggap tapi lama kelamaan burung semakin banyak.. Temannya pulih dalam masa yang singkat.. Dan yang paling menggembirakan saya ialah kedua sahabat itu semakin akrab dengan burung- burung sehinggakan mereka boleh memegang burung-burung itu..

Saya harap pelantar yang suami saya binakan untuk anak-anak kami itu mampu menarik burung-burung mengunjungi laman saya..

Memulakan operasi.. Hmm..manala kayu yang sesuai ni..


Okay along ni tiangnya ya..

Awas Sakinah lutut tu nanti kena parang !!!


Besarnya pelantar...!!! 100 ekor burung pun boleh hinggap..

Okay pelantar sudah siap. Sekarang masa untuk meletak makanan pula.. Saya menabur sedikit beras dengan harapan adalah burung datang makan beras tersebut.. Masa mengambil beras saya sembunyi dari anak takut habis beras dia ambik..

Wahai Burung datang.. Marila bermain bersama-sama kami..

Nanti jika sudah ada tetamu kecil itu datang saya siarkan disini..

Sunday 3 October 2010

Hobiku

Berkebun sebahagian dari keseronokanku.. Bahagia sangat rasanya bila keluargaku makan hasil dari container gardenku..
Seronok rasanye bila menikmati hasil tanaman sendiri.. Ini daun pegaga gajah..(aku taram je..) Sejarahnya, pokok ini kuambil dari JPNP..aKU MINTA DARI gardener kat sana semasa berurusan di JPN..kebetulannya kat sana ada banyak pokok ni dan tukang kebun tu nak buang sebahagiaannya..So aku mintak..Sekarang kalu takder sayur aku akan ambik daun pegaga ni buat ulam..

Ni pokok halia.. belum pernah diambil lagi kerana baru tanam.. Agaknya tak ada isi lagi..


Ni plak pokok kucai.. Dah beberapa kali daunnya aku ambil untuk buat cucur udang.. Sedap sangat cucr udang bila bubuh daun kucai yang segar ni..Kat gambar ni ada skit je daunnyer sebab baru diambil..


Ni plaak pokok cili padi.. Anak pompuanku si Sakinah suka sangat memetik lada ni.. Buat main..Dia hanyutkan dalam longkang.. Aku slalu ambik time nak makan nasi ngan budu.. Sedap krenyek dalam budu..

Bunga kantan sulungku..

Di pagi yang bening itu tiba-tiba.. 'Yang ..yang meh sini kejap..' Confius juga ngaper suamiku begitu excited.. Rupa-rupanya nak menunjukkan pokok bunga kantanku sudah menunjukkan hasil.. Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Allah yang memurahkan rezeki kami.. Setelah setahun lebih aku menunggu.. Akhirnya kluar juga bunganya.. Alhamdulillah..

Daun kesum.. Ada dua pasu tapi yang ini lebih subur hasil dari teknologi yang suamiku gunakan.. masa mula suamiku buat pengubahsuaian pada bekas daun kesumku..aku bising jugala (alah bukan apa..menanyer jer sbenarnya). Suami melapis bekas daun kesumku dengan bekas lain yang boleh menakung air.. Bekas yang atas dibocorkan.. aKU Gunakan tong cat jer.. So tong cat tu terendam dalam bekas lain yang berisi air.. Hasilnya pokok daun kesum itu lebih subur.. Tahniah untuk suamiku.. sEBAGAI membalas jasa suamiku yang mengambil berat hobiku maka aku sering mamasakkan asam pedas special untuk nyer..( bukan slalu pun.. sbulan skali je .. )

Thursday 30 September 2010

Pertunangan my brother in law


Alhamdulillah akhirnya adik iparku selamat bertunang padaHari Raya Ke- 3. Orang Jerantut tunangnya.. Pesan Rasul junjungan, pemilihan isteri agama yang perlu diutamakan.. Sekilas pandang Insyaallah aku yakin kriteria itu telah diambil berat.. Ewahh.. senang jer nak ngomen yer..
Adik my mother in law jadi jurucakap.. Kalau orang pompuan mintak putus kena ganti barang double woo..
Ini plak my dear daughter.. nURUL aIN sAKINAH.. baju ni aku design, aku jahit .. Skali ngan tudung la..Sapa nak tempah boleh habaq kat cheq no..

Ha.. iNILAH TUNAng ayah cik ( my brother in law la..) Comelkan ??? Gigi taring tu yang mahal tu.. Sori Al.. Gurau jer.. Siti Al- salihah namanya..
jADI BACK gROUD JE .. aNAKKU sakinah dah keletihan.. tAKPELAH LEPAS MAKAN KANG KITA BALIK.. Ooo takleh balik terus rupanyer ...kena gi braya..ziarah keluarga hubby la plak..alang-alang dah datang ke Jerantut ni terus jelah gi..kalau tak gi sekarang ntah bila lagi nak jumpa ngan sedara mara.. Sabarla sakinah...

Thursday 17 June 2010

Remaja oh remaja..



Mana telur ni tak sampai-sampai

Nenek- nenek si bongkok tiga..lalala..


Malang betul angka 5



Senaman tiga dimensi


Ketika tazkirah


Beramah mesra



Peranan remaja muslimah oleh Ustazah Alwiah


Wednesday 9 June 2010

Fashion Show Kolej Shahputra

Belum sempat nak bercerita..Nak study dulu.. Esok exam..



Fashion show kolej komuniti Temerloh






Kenangan mengunjungi fashion show..