BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 25 April 2010

Gong Xi Fa Cai


Rakan-rakan ku.. Muslimat yang prihatin

Selalunyer time raya raya Aidil Fitri je aku gi ziarah sahabat handai dan sanak saudara . Tahun ni aku buat sedikit pembaharuan.. mungkin penambahbaikan.. Aku, suami, anak-anak, pengasuh anakku dan beberapa orang rakan muslimat yang lain menziarahi warga tua di rumah orang tua Temerloh sempena Gong Xi Fa Cai.. Tak kuduga sambutan mereka sangat hangat.. Sesekali terdetik di hatiku..takde ke keluarga mereka ni ziarah.. Ya Allah janganlah aku dihukum seperti mereka. Bersendirian di hari raya ..

Sakinah atas dukungan pengasuhnya.. Kak Melur


Inilah wajah-wajah penghuni Rumah Orang tua yang kesepian, mengharapkan perhatian dari masyarakat.. Bukan wang ringgit yang diharapkan..Hanya sekadar perhatian.

0 comments: